Sunday 24 April 2011

PROGRAM ‘HOT CHAIR’ UNTUK KECEMERLANGAN PMR

TAJUK:

PROGRAM 'HOT CHAIR' UNTUK KECEMERLANGAN PMR


 

Oleh

HAJAH ROSIDAH BINTI KAMALUDIN

PENGETUA

SMK ORANG KAYA HAJI KUALA LIPIS PAHANG


 


 


 

1.0 ABSTRAK :

Pemantauan ke atas data-data pencapaian pelajar, mengambil tindakikut dan motivasi berkesan seorang pengetua kepada pelajar kelas peperiksaan dilaksanakan melalui program 'Hot Chair". Program ini saya perkenalkan di SMK Orang Kaya Haji pada tahun pertama saya menjadi pengetua iaitu 2008 dan kini program tersebut telah 3 tahun dilaksanakan. Program Hot Chair ( kerusi panas ), markah pencapaian pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan dipaparkan di layar LCD bermula dari TOV hinggalah peperiksaan percubaan dengan pengetua sendiri mengendalikan sesi briefing & debriefing bersama pelajar. Pelajar yang meningkat pencapainya akan diberi ganjaran seperti penghargaan dalam perhimpunan sekolah ataupun jamuan yang disediakan oleh pengetua. Sedangkan pelajar yang keputusan makin merosot perlu memberi penjelasan dan tunjuk sebab. Program ini telah menunjukkan impak berkasan apabila keputusan PMR sekolah semakin meningkat & budaya belajar pelajar semakin baik. Selepas sesi hot chair biasanya diikuti dengan program yang mengatasi masalah yang dikenalpasti melalui pencapaian & dapatan yang diperolehi daripada pelajar.


 

2.0 PENGENALAN

Pada tahun pertama saya menjadi pengetua, mendapati sekolah ini amat lemah dari segi prestasi pencapaian pelajar ( 2007: PMR: % 33.99,GPS 3.44 )

Lebih kurang 35% pelajar adalah pelajar asli dan keseluruhan pelajar yang masuk ialah amat lemah pencapaiannya dalam UPSR. Satu kekuatan yang saya dapati guru-guru sebahagian besarnya adalah guru berpengalaman ( sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar) dan ada guru pemeriksa kertas PMR . Guru-guru sanggup bekerja keras untuk memajukan pelajar tetapi saya melihat tiada satu sistem pemantauan berkesan ke atas pencapaian pelajar untuk mengenalpasti kelemahan sebenar pelajar supaya langkah pemulihan dan pengkayaan berkesan dapat dilaksanakan. Melalui Hot Chair satu

pemautauan berkesan dan mengalisis data yang tepat serta keterlibatan secara langsung pengetua telah berjaya menghasilkan impak yang disasarkan.


 

3.0 RASIONAL


 

Guru berpengalaman dan pemeriksa kertas belum menjamin kecemerlangan pelajar jika tiada satu sistem pemantauan pencapaian berkesan untuk menggerakkan satu fokus yang betul supaya masalah kelemahan pelajar dapat diubati dengan cara yang betul.

Pengetua mestilah berganding bahu dengan guru dan pelajar ke arah kecemerlangan sekolah.

4.0 OBJEKTIF

  1. Mengalisis data pencapaian secara individu untuk semua calon PMR

    supaya langkah pemulihan dan pengkayaan seterusnya dapat dilaksanakan.

  2. Melalui pembentangan markah semua pelajar boleh meningkatkan daya saing supaya

    menduduki tangga teratas dan juga supaya sentiasa meningkat prestasi mereka untuk

    mencapai target masing-masing dalam borang Akujanji.

  3. Pelajar yang lebih lemah boleh mencontohi kemajuan pelajar lain dan sentiasa membaiki kelemahan dengan menganalis topik tidak dikuasai dan cara pembelajaran yang efektif.

4.4 Pihak pentadbir dan guru-guru boleh melihat defisit antara pencapai terkini dengan

target sekolah . Sekiranya terdapat jurang langkah membaiki boleh dilaksanakan.

    


 

  1. PERLAKSANAAN


 


CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN "HOT CHAIR"


 


 


 


 


 

CONTOH PAPARAN HOT CHAIR 4


 

NAMA PELAJAR

PENCAPAIAN PEPERIKSAAN P4 [PERCUBAAN]

TOV

P3

TARGET

PMR

BM

BI

SJ

GE

PI

MT

SN

KH

GRED

SITI NURUL AINA

85

80

67

78

91

84

71

82

5A3B

2A5B1C

6A2B

8A

NOR SYAHIRAH

81

83

75

72

83

80

73

88

5A3B

3A4B1C

5A3B

8A

FARAH HANANI

77

71

73

85

84

82

73

85

4A4B

4A2B1C1D

6A2B

8A

NOR SHALINDA

80

66

75

75

95

82

69

82

4A4B

5A1B2C

5A2B1C

8A

NUR AFIQAH

68

74

75

78

82

75

71

92

2A6B

1A6B1C

5A3B

8A

NORZULAIKA

84

77

67

75

89

75

65

77

2A6B

1A4B3C

2A6B

8A


 

6.0 IMPAK

Perlaksanaan Program Hot Chair berjaya membantu pelajar dan guru ke arah lebih berfokus dalam langkah untuk meningkatkan pencapaian.


 

PMR 

SEBELUM

SELEPAS PROGRAM HOT CHAIR

2006 

2007 

2008 

2009 

2010 

Gred Purata Sekolah 

3.29 

3.44 

3.26

3.32

3.01

% Lulus

37.10 

33.99 

45.45

36.13

55.05

Pelajar Cemerlang 8A 

- 

1  

-

2

3

Jadual : Analisis PMR 2006 -2010 SMK Orang Kaya Haji


 

PMR tahun 2010 terlihat kejayaan program 'Hot Chair' ini setelah tiga tahun dilaksanakan apabila keputusan amat memberangsangkan. Gred purata sekolah meningkat sebanyak 0.31 , peratus lulus meningkat 18.92 % dan jumlah pelajar cemerlang meningkat kepada tiga orang. Pencapaian PMR 2010 hampir menepati sasaran sekolah .


 

Perbandingan antara Target sekolah dengan PMR 2010:


Target Sekolah PMR 2010 Perbezaan

GPS 3.02 3.01 + 0.01

% 55.46 55.05 - 0.41

8A 4 3 - 1


 

Ini adalah keputusan terbaik dalam tempoh 10 tahun pencapaian PMR sekolah ini ( 2002-2010). Keputusan PMR 2010 telah berjaya menarik perhatian masyarakat daerah Lipis kerana . SMK Orang Kaya Haji sebelum ini sentiasa berada di ranking terakhir pencapaian daerah .Tetapi mulai tahun 2009 naik satu anak tangga, 2010 naik dua anak tangga. Ranking peringkat negeri pula pada tahun 2010 naik 33 anak tangga(157 – 124 )


 

7.0 PENUTUP:

Hot Chair menjadi pembakar semangat kepada pelajar dan guru-guru untuk membaiki kelemahan untuk meningkatkan pencapai. Program ini dilaksanakan oleh pengetua sendiri mendorong budaya belajar yang bersaing kerana siapa yang maju akan sentiasa mendapat perhatian dan ganjaran pengetua.Pelajar yang lemah pula akan dibimbing melalui program pemulihan dan pihak kaunselor pula sentiasa membantu dari segi peningkatan semangat pelajar. Seterusnya P&P dan Program Kecemerlangan lebih berfokus mengikut kelemahan dan kekuatan pelajar. Budaya seronok bekerja di kalangan guru terhasil apabila pengetua terlibat sama secara langsung dengan mereka.SISTEM PEMANTAUAN BERKESAN AKAN MENGHASIL IMPAK BERKESAN