Sunday 24 April 2011

PROGRAM ‘HOT CHAIR’ UNTUK KECEMERLANGAN PMR

TAJUK:

PROGRAM 'HOT CHAIR' UNTUK KECEMERLANGAN PMR


 

Oleh

HAJAH ROSIDAH BINTI KAMALUDIN

PENGETUA

SMK ORANG KAYA HAJI KUALA LIPIS PAHANG


 


 


 

1.0 ABSTRAK :

Pemantauan ke atas data-data pencapaian pelajar, mengambil tindakikut dan motivasi berkesan seorang pengetua kepada pelajar kelas peperiksaan dilaksanakan melalui program 'Hot Chair". Program ini saya perkenalkan di SMK Orang Kaya Haji pada tahun pertama saya menjadi pengetua iaitu 2008 dan kini program tersebut telah 3 tahun dilaksanakan. Program Hot Chair ( kerusi panas ), markah pencapaian pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan dipaparkan di layar LCD bermula dari TOV hinggalah peperiksaan percubaan dengan pengetua sendiri mengendalikan sesi briefing & debriefing bersama pelajar. Pelajar yang meningkat pencapainya akan diberi ganjaran seperti penghargaan dalam perhimpunan sekolah ataupun jamuan yang disediakan oleh pengetua. Sedangkan pelajar yang keputusan makin merosot perlu memberi penjelasan dan tunjuk sebab. Program ini telah menunjukkan impak berkasan apabila keputusan PMR sekolah semakin meningkat & budaya belajar pelajar semakin baik. Selepas sesi hot chair biasanya diikuti dengan program yang mengatasi masalah yang dikenalpasti melalui pencapaian & dapatan yang diperolehi daripada pelajar.


 

2.0 PENGENALAN

Pada tahun pertama saya menjadi pengetua, mendapati sekolah ini amat lemah dari segi prestasi pencapaian pelajar ( 2007: PMR: % 33.99,GPS 3.44 )

Lebih kurang 35% pelajar adalah pelajar asli dan keseluruhan pelajar yang masuk ialah amat lemah pencapaiannya dalam UPSR. Satu kekuatan yang saya dapati guru-guru sebahagian besarnya adalah guru berpengalaman ( sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar) dan ada guru pemeriksa kertas PMR . Guru-guru sanggup bekerja keras untuk memajukan pelajar tetapi saya melihat tiada satu sistem pemantauan berkesan ke atas pencapaian pelajar untuk mengenalpasti kelemahan sebenar pelajar supaya langkah pemulihan dan pengkayaan berkesan dapat dilaksanakan. Melalui Hot Chair satu

pemautauan berkesan dan mengalisis data yang tepat serta keterlibatan secara langsung pengetua telah berjaya menghasilkan impak yang disasarkan.


 

3.0 RASIONAL


 

Guru berpengalaman dan pemeriksa kertas belum menjamin kecemerlangan pelajar jika tiada satu sistem pemantauan pencapaian berkesan untuk menggerakkan satu fokus yang betul supaya masalah kelemahan pelajar dapat diubati dengan cara yang betul.

Pengetua mestilah berganding bahu dengan guru dan pelajar ke arah kecemerlangan sekolah.

4.0 OBJEKTIF

  1. Mengalisis data pencapaian secara individu untuk semua calon PMR

    supaya langkah pemulihan dan pengkayaan seterusnya dapat dilaksanakan.

  2. Melalui pembentangan markah semua pelajar boleh meningkatkan daya saing supaya

    menduduki tangga teratas dan juga supaya sentiasa meningkat prestasi mereka untuk

    mencapai target masing-masing dalam borang Akujanji.

  3. Pelajar yang lebih lemah boleh mencontohi kemajuan pelajar lain dan sentiasa membaiki kelemahan dengan menganalis topik tidak dikuasai dan cara pembelajaran yang efektif.

4.4 Pihak pentadbir dan guru-guru boleh melihat defisit antara pencapai terkini dengan

target sekolah . Sekiranya terdapat jurang langkah membaiki boleh dilaksanakan.

    


 

  1. PERLAKSANAAN


 


CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN "HOT CHAIR"


 


 


 


 


 

CONTOH PAPARAN HOT CHAIR 4


 

NAMA PELAJAR

PENCAPAIAN PEPERIKSAAN P4 [PERCUBAAN]

TOV

P3

TARGET

PMR

BM

BI

SJ

GE

PI

MT

SN

KH

GRED

SITI NURUL AINA

85

80

67

78

91

84

71

82

5A3B

2A5B1C

6A2B

8A

NOR SYAHIRAH

81

83

75

72

83

80

73

88

5A3B

3A4B1C

5A3B

8A

FARAH HANANI

77

71

73

85

84

82

73

85

4A4B

4A2B1C1D

6A2B

8A

NOR SHALINDA

80

66

75

75

95

82

69

82

4A4B

5A1B2C

5A2B1C

8A

NUR AFIQAH

68

74

75

78

82

75

71

92

2A6B

1A6B1C

5A3B

8A

NORZULAIKA

84

77

67

75

89

75

65

77

2A6B

1A4B3C

2A6B

8A


 

6.0 IMPAK

Perlaksanaan Program Hot Chair berjaya membantu pelajar dan guru ke arah lebih berfokus dalam langkah untuk meningkatkan pencapaian.


 

PMR 

SEBELUM

SELEPAS PROGRAM HOT CHAIR

2006 

2007 

2008 

2009 

2010 

Gred Purata Sekolah 

3.29 

3.44 

3.26

3.32

3.01

% Lulus

37.10 

33.99 

45.45

36.13

55.05

Pelajar Cemerlang 8A 

- 

1  

-

2

3

Jadual : Analisis PMR 2006 -2010 SMK Orang Kaya Haji


 

PMR tahun 2010 terlihat kejayaan program 'Hot Chair' ini setelah tiga tahun dilaksanakan apabila keputusan amat memberangsangkan. Gred purata sekolah meningkat sebanyak 0.31 , peratus lulus meningkat 18.92 % dan jumlah pelajar cemerlang meningkat kepada tiga orang. Pencapaian PMR 2010 hampir menepati sasaran sekolah .


 

Perbandingan antara Target sekolah dengan PMR 2010:


Target Sekolah PMR 2010 Perbezaan

GPS 3.02 3.01 + 0.01

% 55.46 55.05 - 0.41

8A 4 3 - 1


 

Ini adalah keputusan terbaik dalam tempoh 10 tahun pencapaian PMR sekolah ini ( 2002-2010). Keputusan PMR 2010 telah berjaya menarik perhatian masyarakat daerah Lipis kerana . SMK Orang Kaya Haji sebelum ini sentiasa berada di ranking terakhir pencapaian daerah .Tetapi mulai tahun 2009 naik satu anak tangga, 2010 naik dua anak tangga. Ranking peringkat negeri pula pada tahun 2010 naik 33 anak tangga(157 – 124 )


 

7.0 PENUTUP:

Hot Chair menjadi pembakar semangat kepada pelajar dan guru-guru untuk membaiki kelemahan untuk meningkatkan pencapai. Program ini dilaksanakan oleh pengetua sendiri mendorong budaya belajar yang bersaing kerana siapa yang maju akan sentiasa mendapat perhatian dan ganjaran pengetua.Pelajar yang lemah pula akan dibimbing melalui program pemulihan dan pihak kaunselor pula sentiasa membantu dari segi peningkatan semangat pelajar. Seterusnya P&P dan Program Kecemerlangan lebih berfokus mengikut kelemahan dan kekuatan pelajar. Budaya seronok bekerja di kalangan guru terhasil apabila pengetua terlibat sama secara langsung dengan mereka.SISTEM PEMANTAUAN BERKESAN AKAN MENGHASIL IMPAK BERKESAN



Saturday 23 April 2011

HUBUNGAN LUAR YANG MANTAP MEMBANTU MENINGKATKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH.

TAJUK:
HUBUNGAN LUAR YANG MANTAP MEMBANTU MENINGKATKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH.
SEJAUHMANAKAH SEORANG PENGURUS SEKOLAH DAPAT MENJALIN HUBUNGAN YANG BAIK ANTARA SEKOLAH DENGAN KOMUNITI DALAM USAHA MENINGKATKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH ? BINCANGKAN

Oleh
HAJAH ROSIDAH BINTI KAMALUDIN
PENGETUA
SMK ORANG KAYA HAJI KUALA LIPIS PAHANG







1.2 Hubungan Komuniti Luar Dan Sekolah

Jalinan kerjasama antara komuniti luar dengan sekolah atau dengan kata lain
menyatukan segala sumber komuniti bersama sekolah atas matlamat kecemerlangan organisasi, Khasnya memberi faedah maksimum kepada para pelajar.
            Kaedah yang boleh digunakan dalam hubungan antara sokolah dengan komuniti adalah seperti berikut:

         - Smart partnership   =  Perkongsian Pintar
        - Collaboration            = Permuafakatan
        - Win-win situation     = Sama-sama untung
        - Cooperation             = Kerjasama
 















































 












3. Kajian Kes Permuafakatan Sekolah Dengan Komuniti Luar
 

AKTIVITI
PENGLIBATAN KOMUNITI
PENCAPAIAN
1.MAJLIS AKUJANJI
& PENENTUAN
TARGET PELAJAR
PMR & SPM
IBU BAPA
Kefahaman & Keyakinan
Pelajar ibubapa meningkat
Tanggung jawab bersama
2. KELAS PEMULIHAN
& PROGRAM KECEMERLANGAN
UNTUK PELAJAR ASLI
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
Bantuan kewangan
RM 25.00 seorang
Tiada pelajar asli buta huruf
Sekurang-nya boleh
Membaca ayat mudah
Contoh –PMR 2010 tiada pelajar gagal semua subjek
3. MEMBINA
MODUL SOALAN & NOTA
KECEMERLANGAN
PMR & SPM
-PIBG – Wang kecemerlangan
                RM30 seorang pelajar
-Wakil Rakyat – Sumbangan
                              RM5,000
-Guru-guru Cemerlang Daerah
-Guru-guru pemeriksa kertas
Peningkatan PMR & SPM
PMR 2010 :
GPS : meningkat 0.31
MSMP : meningkat 18.92%
Pelajar Cemerlang meninkat
Dari 2 orang ke 3 orang
4.SUKAN TAHUNAN
SEKOLAH
PPD – Perasmi
Polis – Pegawai Pelepas
Pejabat Kesihatan- “First Aid”
AJK PIBG & Ibubapa
Syarikat Swasta - Hamper
Program Berjalan Lancar
Sumbangan kewangan untuk
Hadiah pelajar & minuman
5.HARI ANUGERAH
CEMERLANG &
MESYUARAT AGUNG PIBG
AJK PIBG & Ibu bapa/Penjaga
Wakil Rakyat
Syarikat Swasta
 Kehadiran Ibubapa meningkat
Peningkatan keyakinan
Masyarakat kepada sekolah
PROGRAM KEMAJUAN
PUSAT SUMBER &
PPDa
-PKG Daerah
-Agensi Anti Dadah
-Pejabat Kesihatan
-Sekolah Bench Marking
2010 – PSS Lima Bintang
 Johan Anugerah Perpuspa
  Johan Anugerah Nilam Daerah
       (Kat.Sek Men Bandar)
-Bilik PPDa – ke 4 Negeri Pahang
PROGRAM KEMAJUAN
KOKURIKULUM

-Jurulatih Daerah & NGO
-Agensi seperti Bomba,Polis
 Tentera- Alatan,Pengangkutan
               & jurulatih
-Wakil Rakyat –sumbangan
-PPD/JPN –Prasarana
-Angkasa – Tajaan Kursus
-Merentas Desa –Johan Daerah
-MSSD –ke 4 Daerah
-Bola Sepak & Takraw –ke 3 daerah
-Petanque-Johan Zon 3 (P)
-Pandu Puteri – Johan kem kraf
                            Peringkat Negari
-Koperasi –Terpilih sebagai Anugerah dalam  59 Keperasi terbaik Malaysia


( Sumber :  Data SMK Orang Kaya Haji Kuala Lipis )

5






































5. Langkah Meningkatkan Keberkesanan Jalinan Hubungan Antara
Sekolah Dengan Komuniti  Melalui Perkongsian Pintar.

        Perkongsian pintar adalah gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak . Dalam konteks pendidikan ia merujuk kepada perkongsian qntara institusi pendidikan seperti sekolah dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam bagi mencapai matlamat kecemerlangan dalam pendidikan.[Pendidik,Bil 39 ,Ogos
2007 ] Bentuk perkongsian pintar yang boleh dilaksanakan di sekolah adalah seperti contoh berikut:
      i.  Sumbangan bekalan & alatan oleh syarikat swasta, contohnya
          buku rujukan, komputer, telefon, mesin jualan air minuman, water cooler
          dan sebagainya. Sumbangan ini boleh meningkatkan moral syarikat turut
          juga melariskan produk mereka. Para pelajar mendapat manfaat sebagai
          prasarana  membantu kecemerlangan mereka
      ii.  Program motivasi & khidmat bakti anjuran pertubuhan dan institusi pengajian
          tinggi boleh membantu peningkatan keyakinan pelajar dan masa yang
          sama boleh  mempromosi institusi tersebut sebagai pilihan kepada pelajar
          untuk menyambung pengajian mereka kelak.

Kesimpulannya perkongsian pintar boleh merapat hubungan sekolah-komuniti
secara kaedah ‘win-win situation’ secara tidak langsung boleh meningkatkan
rasa ‘sense of belonging’ terhadap sekolah dalam kalangan masyarakat.

7

 
 
















6. Rumusan

Hubungan berkesan antara sekolah dengan komuniti luar amat penting dalam
peningkatan kecemerlangan sekolah. Keakraban hubungan melalui komunikasi berkesan yang diamalkan oleh pengetua  dan keperhatinan komuniti  boleh membantu  sekolah mamacu kejayaan  di mana  dapat dilihat melalui:
         - Peningkatan pencapaian peperiksaan dari segi peratus dan kualiti
         - Peningkatan penyertaan dalam setiap aktiviti dibuat
         - Peningkatan dana dan bantuan sumber kewangan untuk membiayai
            program kecemerlangan sekolah
         - Peningkatan kemudahan dan keceriaan sekolah yang menjadikan
           suasana kondusif untuk pembelajaran
         - Peningkatan tahap keselamatan pelajar
         - Peningkatan nilai dan iklim yang positif di kalangan warga sekolah
         - Penurunan masalah disiplin di kalangan pelajar

Pengetua melalui gaya kepimpinan berkesan mengarap sistem penyampaian
Mantap mampu menukarkan segala kelemahan kepada kekuatan dan
masalah sebagai peluang. Pemimpin yang mempunyai tahap kompetens yang
tinggi sentiasa berjaya menangani perubahan dan sentiasa berada di
hadapan. Dalam hal ini pemimpin sekolah perlu kreatif dan inovatif dalam
menjalin hubungan dengan AJK PIBG menggerak dan melibatkan PIBG
secara aktif menyokong semua program kecemerlangan sekolah
Pengetua yang proaktif menggunakan pendekatan perkongsian pintar denganJabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi swasta, pertubuhan-pertubungan dan orang perseorangan untuk turut sama mendukung Visi dan Misi sekolah menuju ke arah kecemerlangan.












                                                             8